Masak Tak Jadi? Takpe Kita Share & Gelak Sama-Sama 

masak tak jadi? takpe kita share & gelak sama-sama

Rasanya ramai yang tengok perutusan khas Perdana Menteri sempena Ramadan…jugak yang penting pasal pengumuman PKP dilanjutkan. Ya, secara peribadi KJ memang dah jangka dan faham tindakan kerajaan jadi jomlah kita sama-sama bagi kerjasama. 

Tapi…takkan tu je kan…sejak PKP ni memang ramai yang duk tunggu apa agaknya yang menarik setiap kali ada sidang media atau perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kali ni beliau sebut pasal group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) pulak. Macam tau-tau je kan nilah FB ni paling hot kat Malaysia sekarang…hihihi

masak tak jadi? takpe kita share & gelak sama-samaSejak PKP ni mula ramai rupanya yang rajin memasak, yang baru tau ada bakat kat dapur… yang skill tetiba setaraf chef pun ada…ha tu sesuai untuk post gambar masakan kat group satu lagi yang lagi otai, Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang ada lebih sejuta jugak ahlinya…tapi tulah, bukan semua orang pandai masak kan… Ada yang kadang menjadi kadang tak…ada jugak yang memanjaaaangke laut dalam…jadi kat mana nak kongsi isi hati? Apa lag kat MATJHN lah kan…Hahaha! Rasa macam nasib terbela pun ada kan 

masak tak jadi? takpe kita share & gelak sama-samamasak tak jadi? takpe kita share & gelak sama-sama

Group ni sebenarnya baru je tubuh. Kalau tak silap awal bulan ni tapi tuuuddia ahli dah ada 1.5 juta! Uish meletop! Kalau yang belum singgah kat group tu cubalah jenguk…yang mudah terhibur memang boleh hilang stress siap pakej gelak guling-guling!

Cuma nilah KJ nak bagi pendapat…daripada namanya pun kita dah tau tujuan group FB tu wujud jadi janganlah over sangat. Adab tetap kena jaga. Baik yang post gambar mahupun yang tukang komen. Yang penting boleh gelak sama-sama. Yang hati terlalu tisu pun rasa belum sesuai join group ni. Ha ni lagi satu, janganlah sengaja masak tak jadi sebab nak post kat group. Membazir kan amalan syaitan lagipun ni dah masuk Ramadan. Tak baik membazir 😊

Oleh: KJ
Kredit: AWANI, Facebook MATJHN & MAHN, Penyumbang gambar & post kedua-dua Facebook tersebut & Internet