Tidak ramai orang yang suka minum teh hijau dan selalunya akan lebih gemar untuk minum teh tarik, teh o atau teh c peng. Dikatakan kebaikan teh hijau bukan saja membantu menambah baik fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.
Teh hijau mengandungi flavonoids yang merupakan antioksida dan boleh mengurangkan keradangan dalam badan. Ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium, zink dan lain lain yang sangat baik untuk tubuh badan kita.
Selain itu, teh hijau membantu mengurangkan tekanan darah tinggi sekaligus mengurangkan risiko diserang strok. Teh hijau lebih rendah kalori berbanding dengan teh tarik atau teh o. Ia mengandungi 1/3 kafein berbanding kandungan kafein dalam kopi. Kafein merangsang saraf otak untuk lebih segar.
Pembetulan ye, sesiapa yang menganggap teh hijau sebagai detox adalah salah sama sekali. Teh hijau adalah pembakar lemak dan boleh menurunkan berta badan. So, boleh la start minum teh hijau kerana banyak manfaatnya.
Oleh:Khalie Azmi
Sumber: tehhijaubanyakmanfaat