Manchester United Mampu Takluk Eropah?

manchester united mampu takluk eropah?

Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United mampu merebut kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini. Amboi, yakinnya Solskjaer ni. Mentang-mentang la United berjaya mendapatkan pemain berkualiti pada jendela perpindahan sebelum ni, terus nak menang Liga Juara-Juara. Dah menang Liga Perdana Inggeris ke?

manchester united mampu takluk eropah?

Pengurus United itu berkata demikian menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara berdepan kelab Switzerland, Young Boys. Di atas kertas, sudah pasti The Red Devils diletak sebagai pasukan pilihan. Namun untuk Solskjaer meluahkan kata-kata mendominasi Eropah ini menimbulkan tanda tanya.

manchester united mampu takluk eropah?

Benar United musim ini lebih baik daripada musim lalu. Kehadiran Raphael Varane, Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo menambah kualiti pemain sedia ada. Solskjaer berpendapat tulang belakang United kini semakin kuat dengan David de Gea di posisi penjaga gol, Raphael Varane dan Harry Maguire di bahagian pertahanan tengah, Pogba dan Bruno Fernandes di midfield serta Ronaldo sebagai penyerang. Namun Solskjaer perlu ingat bahawa Varane masih perlu menyesuaikan diri dengan tempo permainan EPL. Ronaldo pula walaupun masih berbisa, kita perlu akui yang dia semakin hampir ke penghujung karier.

manchester united mampu takluk eropah?

Bukan menyalahkan Solskjaer. Dia berhak memuji dan berasa yakin dengan pasukannya. Ye lah, takkan nak harapkan penyokong Liverpool pulak puji United kan? Mereka siap perli lagi suruh United dapatkan Rooney lah, Keane lah, Beckham lah. Hmm. Benar lah kata pepatah, Liverpool sentiasa cemburu dengan Manchester United walaupun United kemarau kejuaraan. Berbalik kepada Solskjaer, kenyataannya itu akan menambah tekanan kepada anak buahnya. Ini kerana secara tidak langsung, Solskjaer menganggap pasukan seperti Real Madrid, Bayern Munich, PSG dan Barcelona bukan lagi saingan. Oh, dan juga Chelsea. Nanti penyokong Chelsea kata kita tak hormat mereka pula sebagai juara bertahan.

manchester united mampu takluk eropah?

Kalau diikutkan, Ronaldo dan Varane memainkan peranan penting ketika bantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara 3 kali dalam tempoh 4 tahun. Belum kira UEFA Super Cup, FIFA Club World Cup dan trofi domestik di Sepanyol. Tidak mustahil mereka mampu bantu United menjulang trofi musim ini. Adakah Solskjaer sengaja meletakkan tekanan kepada pasukannya supaya beraksi dengan lebih baik? Sebab rekod Solskjaer sebagai pengurus juga tidak baik ketika dalam tekanan. Terkandas di 4 separuh akhir dan tewas kepada Villareal pada aksi final Liga Europa musim lalu. Boleh ke anak buahnya hadapi tekanan kalau pengurusnya pun susah nak perform dalam situasi sama?

 

Oleh: Karami Kamel