Manchester United Cipta Rekod Lagi, Catat 4 Kemenangan Berturut-turut

manchester united cipta rekod lagi, catat 4 kemenangan berturut-turut

Peminat Manchester United tengah senyum ke tu lepas kalahkan Aston Villa 3-0 pagi tadi?

Mesti ramai jugak yang perasan Paul Pogba akhirnya menjaringkan gol pertamanya dalam saingan EPL selepas 15 bulan. Lama gila kan dia tak score?

Tapi tahukah anda, keputusan pagi tadi membolehkan United cipta rekod baru EPL?

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer muncul pasukan pertama EPL untuk catat 4 kemenangan berturut-turut dengan kelebihan 3 gol.

Sebelum Villa, United kalahkan Bournemouth 5-2, tumpaskan Brighton dan Sheffield United dengan jaringan 3-0.

manchester united cipta rekod lagi, catat 4 kemenangan berturut-turut

Selain itu, penjaga golnya, David de Gea turut cipta satu lagi rekod pagi tadi.

De Gea muncul pemain import United yang buat penampilan terbanyak dengan 399.

Dia mengatasi rekod seorang lagi penjaga gol yang juga legenda United iaitu Peter Schmeichel dengan 398 penampilan.

Namun, perjalanan masih jauh untuk de Gea jika dia ingin mengatasi rekod penampilan terbanyak yang dimiliki seorang lagi legenda United iaitu Ryan Giggs.

Giggs yang berasal dari Wales telah buat 963 penampilan sepanjang kariernya bersama The Red Devils.

Boleh ke de Gea nak pecahkan rekod Giggs ni? Takpun, dia kena bersara umur 60 tahun nanti kalau nak jugak pecahkan rekod ni?

manchester united cipta rekod lagi, catat 4 kemenangan berturut-turut

Oleh : Karami Kamel