Mamat Khalid Tampil Dengan Filem Terbaru, Tak Payah Ke Pawagam Tengok Je Di Rumah

mamat khalid tampil dengan filem terbaru, tak payah ke pawagam tengok je di rumah

Pengarah terkenal Mamat Khalid telah tampil dengan satu lagi filem arahan beliau bertajuk Manap Karaoke. Untuk filem ini juga Mamat Khalid terus menampilkan sebuah filem bergenre komedi.

Menurut Mamat Khalid, filem ini bukan sahaja tertumpu kepada penceritaan dan watak semata-mata tetapi ia juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini.

Siapa je yang tak minat dengan lagu-lagu 90an kan? Filem Manap Karaoke menceritakan Manap yang dilakonkan oleh Joey Daud telah membuka perniagaan karaoke dengan cara bergerak dari rumah ke rumah. Jadi, para pelanggan tak perlu nak bersusah payah ke pusat hiburan kerana Manap dan rakan-rakannya akan hadir ke kawasan perumahan untuk menghiburkan mereka.

mamat khalid tampil dengan filem terbaru, tak payah ke pawagam tengok je di rumah

Jadi, kepada peminat filem-filem Khalid Mamat korang memang kena tengok filem ni. Tapi, korang tak perlu nak ke pawagam kerana MAnap Karaoke adalah filem Malaysia pertama yang dibawa terus ke pawagam rumah korang.

Untuk menonton filem Manap Karaoke korang boleh je sewa filem ini di Astro First di saluran 480 bermula 7 Mei ini. Bayar je RM15, korang boleh menonto filem ini secara berulangan selama 48 jam. Wow, berbaloi tu!