Malaysia Rangkul Kejuaraan Dunia Dalam Sukan Badminton Lagi

Setelah kejayaan Lee Zii Jia merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka All England 2020, lagi barisan pemain muda badminton Malaysia mengulangi sejarah apabila memenangi tiga kejuaraan dalam sukan yang sama di peringkat dunia.

malaysia rangkul kejuaraan dunia dalam sukan badminton lagi

Kejayaan yang dimaksudkan termasuklah acara perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu lelaki pada Terbuka Poland 2021 yang berlangsung di Gniezno pada 28 Mac lalu.

Pemain muda berusia 20 tahun, Ng Tze Yong membuat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila dia berjaya mengalahkan Pablo Abian, 35, yang juga juara sebanyak dua kali, dari Sepanyol 21-19, 21-11 dalam pertarungan yang berlangsung selama 52 minit itu.

Kemenangan tersebut menjadikan Tze Yong pemain badminton ketiga dari Malaysia yang menjuarai acara tersebut selepas Liew Darren pada 2015 dan Tan Jia Wei pada 2017.

Terdahulu, Tze Yong juga pernah merangkul gelaran juara menerusi Kejohanan Antarabangsa Selatan Australia pada 2019.

Dalam pada itu, pasukan beregu campuran yang terdiri daripada pasangan Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei berjaya menewaskan Nicolas A. Mueller-Ronjan Stern dari Switzerland, 21-16 dan 21-12.

Tidak ketinggalan, pasukan beregu lelaki Malaysia yang dilengkapi Man Wei Chong, 21, dan Tee Kai Wun, 20, turut memperoleh kemenangan sendiri setelah menumpaskan Chang Yee Jun-Chia Wei Jie 21-17, 20-22, 21-19.

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan menghidupkan kembali kemenangan pasukan beregu lelaki Malaysia yang kali terakhirnya dimenangi Chang Kim Wai-Hong Chieng Hun pada 2000.

 

Sumber: [1]