Malaysia Dijangka Terima Lagi 586,700 Dos Vaksin AstraZeneca Awal Julai

Malaysia dijangka menerima 586,7000 bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca bermula awal Julai ini, termasuk penghantaran tambahan untuk beberapa minggu akan datang.

malaysia dijangka terima lagi 586,700 dos vaksin astrazeneca awal julai

Menurut laporan, lebih 828,000 bekalan dos vaksin telah dibekalkan ke negara menerusi inisiatif COVAX yang digerakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, “AstraZeneca kini berada pada landasan yang tepat untuk memberikan 6.4 juta dos antara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan sebagai menyokong penghantaran berjuta-juta lagi melalui program COVAX dan sumbangan orang ramai.

“Jangkaan penghantaran awal itu menunjukkan usaha kerajaan, industri dan agensi lain dalam menyokong sektor kesihatan dan ekonomi.

“Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak lain sepanjang tempoh pandemik yang menyaksikan peningkatan kes, demi meletakkan Malaysia di landasan untuk kembali pulih secepat mungkin,” katanya.

Sebagai makluman, lebih 30 juta dos vaksin AstraZeneca telah dibekalkan ke seluruh ASEAN setakat ini.

Dalam pada itu, vaksin AstraZeneca juga dilaporkan mempunyai tahap perlindungan yang tinggi terhadap varian delta dan alfa.

 

Sumber: [1]