Haa terkejut tak baca tajuk tu?
Ya betul, itu rancangan sekumpulan penyelidik di Universiti Malaysia Kelantan berdasarkan kejayaan mereka mengesan kewujudan saka dalam badan manusia.
Cara yang digunakan adalah melalui kaedah saintifik iaitu parameter elektrik dinamakan sebagai Winaura.
Melalui alat pengukur tu, seseorang yang ada saka akan dikesan mempunyai banyak aura merah.
Kajian buat masa ini masih dijalankan dan antara penemuannya adalah pesakit yang ada saka bersifat kurang matang, ada masalah hubungan dengan orang lain dan kurang kawalan emosi seperti mudah marah.
Matlamat kajian ini antaranya nak tolong kesan penyakit yang dihidapi seseorang sebelum tentukan kaedah rawatan sesuai sama ada dirujuk ke hospital bagi rawatan moden atau guna kaedah perubatan Islam.
Sekurang-kurangnya, pesakit yang ada masalah kesihatan tidak akan tertipu dengan rawatan alternatif yang ditawarkan di luar sana.
Macam-macam penemuan baru dalam dunia teknologi sekarang ni kan?
Tapi, apa yang penting, fungsinya dapat bantu kita menyelesaikan masalah dan tidak memudaratkan mana-mana pihak :)
Sumber: Harian Metro
Oleh: Izzati Amir