Majikan Di Portugal Kini Dilarang Berhubung Dengan Pekerja Di Luar Waktu Bekerja

Para majikan di Portugal kini dilarang daripada menghantar sebarang teks dan e-mel kepada kakitangan mereka di luar waktu bekerja.

majikan di portugal kini dilarang berhubung dengan pekerja di luar waktu bekerja

Ia berikutan gubalan undang-undang baru yang digelar ‘hak untuk berehat’.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada perubahan yang diperkenalkan bertujuan meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan sebagai tindak balas kepada pengembangan budaya bekerja dari rumah di negara tersebut.

Sebagai tambahan, syarikat yang mempunyai lebih daripada 10 kakitangan boleh dikenakan denda jika mereka menghubungi pekerja di luar waktu kontrak mereka.

Terdapat juga peraturan baru untuk membenarkan kakitangan yang mempunyai anak bekerja dari jauh yang mana golongan ibu bapa akan dibenarkan bekerja di rumah tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada majikan mereka sehingga mereka berumur lapan tahun.

Selain itu, pihak syarikat juga kemungkinan akan menyumbang kepada bil isi rumah yang lebih tinggi termasuk elektrik dan kos internet.

Langkah-langkah untuk menangani pengasingan yang boleh dirasakan pekerja jauh turut disertakan, dengan pihak syarikat dijangka menganjurkan pertemuan bersemuka secara tetap.

Bagaimanapun, beberapa elemen pakej itu tidak diluluskan oleh parlimen Portugal, termasuk ‘hak untuk memutuskan sambungan’ yang membenarkan kakitangan mematikan semua peranti kerja di luar waktu.

Menteri Buruh dan Keselamatan Sosial Portugal, Ana Mendes Godinho menjelaskan bahawa telekerja boleh menjadi pengubah permainan tetapi pertumbuhannya perlu dikawal selia.

Beliau juga berharap perlindungan buruh yang dipertingkatkan akan menarik lebih ramai warga asing ke negara tersebut.

“Kami menganggap Portugal sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk nomad digital dan pekerja terpencil ini memilih untuk didiami, kami mahu menarik mereka ke Portugal,” kata Godinho.

Sebagai perkongsian, Portugal mempunyai skim visa pemastautin sementara yang direka untuk menarik usahawan dan pekerja bebas.

Pulau Portugis Madeira juga mempunyai ‘kampung nomad digital’ dengan wifi percuma dan kemudahan meja pejabat.

Beberapa negara lain turut sama memperkenalkan ‘visa nomad digital’ berbanding permit pelancongan standard, termasuk Barbados dan Croatia.

 

Sumber: [1]