MAMAMOO Bakal Keluarkan Filem Sendiri

Kumpulan wanita K-Pop, MAMAMOO bakal muncul dengan filem pertama mereka sendiri!

mamamoo bakal keluarkan filem sendiri

Pada 26 November lalu, CGV, rantaian pawagam terbesar Korea, secara rasmi mengumumkan bahawa MAMAMOO akan mengeluarkan filem mereka sendiri berjudul MAMAOO 2021 WAW: Concert: The Movie.

Filem tersebut akan menampilkan persembahan daripada konsert dalam talian terbaru MAMAMOO, iaitu WAW, yang diadakan pada 28 Ogos lalu bersempena meraikan ulang tahun ketujuh penampilan sulung mereka, serta rakaman istimewa di belakang tabir daripada konsert terbabit.

Difahamkan, filem tersebut bakal mengandungi persembahan secara langsung sebanyak 25 buah lagu hit kumpulan itu dengan durasi sepanjang 102 minit.

MAMAMOO 2021 WAW Concert: The Movie bakal menemui para peminat tempatan di Korea Selatan pada 3 Disember.

Ia bagaimanapun hanya akan ditayangkan di pawagam serata Korea Selatan.

 

Sumber: [1]