Lukisan Pelukis Terkenal, Vincent Van Gogh Dicuri Pada Tarikh Lahirnya

lukisan pelukis terkenal, vincent van gogh dicuri pada tarikh lahirnya

Vincent Van Gogh merupakan seorang pelukis terkenal dunia. Karya-karyanya sangat berkualiti tinggi dan sampai sekarang pun berharga jutaan ringgit.

Bagaimanapun, baru-baru ini karya Van Gogh yang bertajuk “The Parsonage Garden at Nuenen in Spring 1884” yang dihasilkan pada tahun 1884 telah dicuri daripada Muzium Groninger. Lukisan tersebut dikatakan dipinjam kepada muzium tersebut. Menurut pihak polis, lukisan tersebut dipercayai dicuri pada 30 Mac jam 3.15 pagi waktu tempatan.

"Pencuri memecahkan pintu masuk dan hanya mengambil lukisan tersebut," kata polis.

 

Menurut laporan, pencuri dipercayai memasuki pintu depan Muzium Singer di Laren sebelum membawa lari lukisan tersebut. Buat masa ini muzium tersebut ditutup kepada orang ramai memandangkan penularan virus COVID-19.

Secara kebetulan, lukisan itu telh dicuri pada tarikh hari lahir Van Gogh yang jatuh pada 30 Mac 1853.

Sumber: Astro Awani