Lukaku Serasi Dengan Chelsea

lukaku serasi dengan chelsea

Romelu Lukaku pamer prestasi cemerlang ketika bantu Chelsea tumpaskan Arsenal 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris. Penyerang itu jaringkan gol pembukaan pada perlawanan tersebut yang juga merupakan penampilan pertamanya untuk The Blues sejak berhijrah pada 2014.

lukaku serasi dengan chelsea

Lukaku sendiri akui dia beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut dan memuji prestasi rakan sepasukannya. Penyerang berusia 28 tahun itu berpendapat Chelsea seharusnya menjaringkan lebih banyak gol berdasarkan corak permainan mereka. Chelsea melengkapkan kemenangan mereka apabila Reece James menambah jaringan pada minit ke-35 menerusi gerakan sepasukan yang baik.

lukaku serasi dengan chelsea

Chelsea terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan semula penyerangnya ini daripada Inter dengan harga 97.5 juta pound. Lukaku sertai Everton pada 2014 kemudian menyertai Manchester United dan Inter sebelum khidmatnya kembali ditagih Chelsea.

lukaku serasi dengan chelsea

Thomas Tuchel tidak tolak kemungkinan Lukaku adalah pemain yang melengkapkan pasukannya musim ini. Pengurus Chelsea itu berkata kemampuan fizikal penyerang itu selain kawalan bolanya banyak membantu The Blues untuk mendominasi perlawanan dengan Arsenal. Tuchel juga kagum dengan kebijaksanaan Lukaku untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Chelsea biarpun ia merupakan penampilan pertamanya.

lukaku serasi dengan chelsea

Kehadiran Lukaku di Stamford Bridge pasti memperkuatkan jentera serangan The Blues yang berdepan kesukaran menjaringkan gol musim lalu. Timo Werner dan Tammy Abraham merupakan penjaring terbanyak Chelsea musim lalu masing-masing dengan 12 gol dalam semua kejohanan. Namun, Werner membuat 52 penampilan – bukan rekod yang baik untuk Chelsea manakala Abraham pula telah berhijrah ke Roma.

lukaku serasi dengan chelsea

Lukaku yang mainkan peranan penting ketika bantu Inter menjuarai Serie A musim lalu pastinya akan menambah bilangan gol untuk Chelsea musim ini. Dia telah menjaringkan 47 gol dalam 72 penampilan sepanjang bersama Inter. Mana lah tahu, Lukaku boleh ajar Werner untuk jaringkan gol lepas ni kan? Tak ada lah ‘tap in’ pun tak masuk nanti. Macam mana nak bersaing untuk merebut kejuaraan EPL dan pertahankan trofi Liga Juara-Juara kalau penyerang sendiri susah nak jaringkan gol. Betul tak?

 

Oleh: Karami Kamel