Luar Biasa! Pengantin Indonesia Ini Langsungkan Majlis Perkahwinan Di Kutub Utara

Perkahwinan itu adalah detik seumur hidup yang akan sentiasa diingati.

luar biasa! pengantin indonesia ini langsungkan majlis perkahwinan di kutub utara

Justeru, tidak hairanlah sekiranya ramai pengantin yang mengadakan majlis perkahiwnan mereka secara luas biasa.

Turut tidak ketinggalan, pasangan pengantin baru dari Indonesia ini yang melangsungkan perkahwinan mereka di Kutub Utara!

Kisah tersebut dikongsi oleh satu perkhidmatan perancangan perkahwinan menerusi akaun TikTok, @/maxima_pro yang mana jelas mereka, pasangan pengantin itu membuat konsep unik untuk hari perkahwinan mereka dan menjadi pengantin Indonesia pertama yang dinikahkan di Kutub Utara.

“Perkahwinan hingga ke hujung dunia. Pengantin Indonesia pertama yang dinikahkan di Kutub Utara. Macam dalam cerita dongeng Elsa Frozen dalam kartun Disney,” coret mereka.

Dalam video yang berdurasi 36 saat itu, dapat dilihat detik-detik perkahwinan mereka yang dihadiri keluarga terdekat.

“Bilik dan gereja kecil untuk berkat semuanya diperbuat daripada ais. Buatan pereka dunia, hanya dibuka empat bulan setahun. Kereta kahwin menggunakan kereta kencil. Seterusnya makan malam bersama keluarga. Cantik betul. Semoga anda semua yang belum sah akan menyusul tidak lama lagi,” sambung mereka.

Tidak ketinggalan, video yang telah ditonton lebih dari 200,000 kali di TikTok itu juga menunjukkan keluarga pasangan pengantin memegang obor api sementara menunggu pasangan pengantin diarak dengan kereta kancil.

Majlis tersebut diteruskan dengan “candle light dinner” bersama keluarga.

 

Sumber: [1]