Jurgen Klopp boleh tarik nafas lega apabila Liverpool berjaya sahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Ini selepas The Reds kalahkan Ajax 1-0 di Anfield.
Keputusan itu turut menyaksikan Liverpool muncul juara kumpulan D berbaki 1 perlawanan lagi.
Klopp menurunkan beberapa pemain mudanya ketika berdepan Ajax dalam usaha merehatkan beberapa pemain utamanya.
Antara pemain muda yang diturunkan ialah Neco Williams, Curtis Jones dan penjaga gol muda, Caoimhin Kelleher.
Percaturan Klopp ternyata membuahkan hasil apabila ketiga-tiga pemain muda ini pamer prestasi cemerlang.
Curtis Jones muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan kira-kira 15 minit selepas babak kedua bersambung.
Gol itu terhasil daripada hantaran lintang Neco Williams.
Kelleher pula menyelamatkan percubaan jarak dekat Ajax pada hujung perlawanan untuk memastikan Liverpool meraih 3 mata penuh.
Klopp gembira dengan prestasi pemain mudanya selain turut luah rasa lega dengan keputusan tersebut.
Jelas pengendali itu, dia boleh menurunkan pemain mudanya untuk aksi terakhir kumpulan berdepan FC Midtjylland minggu depan.
Ini bermakna pemain utamanya boleh berehat lebih lama sekaligus mengurangkan tekanan mereka.
Mestila Klopp lega kan, pemain Liverpool banyak yang alami kecederaan musim ni.
Antaranya, Virgil Van Dijk, Joel Matip, Thiago Alcantara dan yang terbaru ni, Alisson.
Dengar cerita Alisson alami kecederaan hamstring dan perlukan kira-kira 2 minggu untuk pulih.
Sabarlah Klopp...
Oleh: Karami Kamel