Lisa BLACKPINK Positif COVID-19

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Lisa BLACKPINK disahkan positif COVID-19.

lisa blackpink positif covid-19

Berita tersebut diumumkan agensi pengurusan BLACKPINK, YG Entertainment, yang mana ia turut menambah mereka masih menunggu keputusan tiga ahli lain, iaitu Rose, Jennie dan Jisoo sekiranya mereka turut dijangkiti virus tersebut atau tidak.

“Lisa BLACKPINK telah disahkan menghidap COVID-19 tengah hari tadi (24 November).

“Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kontak rapat, tetapi mereka segera mengambil ujian PCR selepas mendengar keputusan positif COVID-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan.

“Kami segera berkongsi maklumat ini dengan pantas dan tepat kepada wakil dan kakitangan, dan kami mengambil langkah pencegahan yang wajar melepasi garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

“Kami tidak berputus asa dan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap kesihatan artis kami dan kakitangan yang berkaitan sebagai keutamaan.

“Kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan segera jika terdapat sebarang perubahan,” kata YG Entertainment menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka. 

 

Sumber: [1]