Bersempena dengan hari jadinya yang ke-25 baru-baru ini, satu temu bual lama antara ahli kumpulan K-Pop masyhur, Lisa BLACKPINK bersama Rolling Stone, tentang pertemuan pertamanya dengan anggota kumpulan itu, kembali tular.
Dalam temu bual tersebut, Lisa, yang berasal dari Thailand, mengaku bahawa dia telah berkongsi hubungan persahabatan rapat bersama Jennie sejak dari awal perkenalan mereka lagi.
Mengimbas kembali memori itu, kata Lisa, “Saya bertemu Jennie dahulu, dan kemudian selepas itu, saya bertemu Jisoo dan Rose. Saya ingat Jennie adalah satu-satunya yang menyapa saya dalam Bahasa Inggeris…Kami sangat rapat…
“Jisoo, saya masih ingat ketika pertama kali melihat dia memakai ‘hoodie’ merah dan dia datang berlatih sambil mengenakan pakaian yang sama setiap hari, dan Rose membawa gitar bersamanya…Dia sebaya dengan saya jadi ia sangat mengujakan apabila ada kawan baru yang datang.”
Terdahulu, ketika melakukan persembahan di Thailand, Jennie pernah membuat ucapan penuh emosi, memuji Lisa sebagai seorang penghibur dengan tenaga dan menambah, “Anda adik perempuan saya.”
Sumber: [1]