Liputan Internet 4G Di Sarawak Bakal Meningkat Ke 92 Peratus Menjelang 2022

Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak bakal meningkat kepada 92 peratus menjelang tahun hadapan selepas negeri tersebut selesai melaksanakan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

liputan internet 4g di sarawak bakal meningkat ke 92 peratus menjelang 2022

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, mulai 2022, negeri tersebut akan menerima liputan internet 4G yang hampir sama dengan semua negeri di seluruh negeri apabila kerajaan mempercepat proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur lebar dengan perbelanjaan mencecah RM4.09 bilion.

"Sehingga suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak telah melebihi 83 peratus dan menjelang tahun 2022, Sarawak mesti mencapai liputan antara 91 peratus hingga 92 peratus dan jurang antara liputan di peringkat nasional yang seharusnya pada 97 peratus dapat dikurangkan," jelasnya.

Setakat ini, sebanyak 61,414 premis daripada sasaran 73,588 premis di seluruh Sarawak telah dilengkapi dengan internet jalur lebar tetap sementara baki premis sedang dalam proses melengkapkan rangkaian gentian optik dengan peruntukan sebanyak RM147 juta.

Sebagai tambahan, sebanyak 79 menara telekomunikasi baru di Sarawak telah siap dibina sementara proses pembinaan untuk 744 lagi negeri terbabit telah bermula.

"Ia menelan perbelanjaan paling besar iaitu kira-kira RM2 bilion, dengan proses tender telah dikeluarkan dan pelaksanaannya sudah dimulakan," tambah Annuar.

Beliau juga berkata sejumlah 1,856 stesen pemancar atau menara telekomunikasi sedia ada di Sarawak telah dinaik taraf bagi membolehkan akses terhadap liputan internet 4G melalui jalur lebar tetap manakala 204 lokasi dilengkapi dengan teknologi jalur lebar satelit.

 

Sumber: [1]