Lima Tahun Bercinta Bagai Nak Rak, Pemuda Reda Pasangan Kahwin Dengan Orang Lain

Separuh dekad bercinta, namun seorang pemuda di Indonesia terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi apabila tidak berjodoh dengan pasangannya.

lima tahun bercinta bagai nak rak, pemuda reda pasangan kahwin dengan orang lain

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok @rakafatahoni, pemuda yang bernama Raka itu menceritakan kisah cintanya yang berakhir dengan kesedihan.

Hakikatnya, hubungan cinta selama lima tahun yang dijalinkannya itu, bahkan telah membuatkan dia membeli rumah agar mereka dapat tinggal bersama selepas berkahwin.

Sepanjang tempoh lima tahun itu juga, dia bekerja keras agar dapat memberikan kehidupan baik kepada pasangannya itu.

Bagaimanapun, nasib punya perancangan lain apabila wanita itu akhirnya memutuskan untuk meninggalkannya untuk berkahwin dengan lelaki lain pilihannya.

Apa-apa pun, semoga pemuda ini bertabah menghadapi dugaan ini.

Barangkali, ada hikmah di sebalik keberlakuannya.

 

Sumber: [1]