Lihat Reaksi Nenek Ni Bila The Rock Wish Birthday Untuknya

Menerima ucapan hari jadi daripada seseorang pasti menggembirakan.

Lagi berbunga-bunga hati apabila menerima ucapan hari jadi daripada seseorang yang diminati.

Salah seorang peminat Dwayne "The Rock" Johnson mendapat kejutan istimewa sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-100.

lihat reaksi nenek ni bila tengok video the rock nyanyikan lagu birthday untuknya

Reaksi Marie Grover ketika melihat video The Rock menyanyikan lagu hari jadi untuknya benar-benar mencuit hati.

Tak lekang senyuman di bibirnya. Muka pun excited!

Tengok ni.

Menerusi laporan portal People, anak cucu kepada  Marie Grover iaitu Jamie Klinger dikatakan berusaha mendapatkan perhatian pelakon terkenal yang berbadan sasa itu dengan menghantar tweet kepada The Rock.

Dalam masa beberapa jam sahaja, The Rock telah membalas tweet tersebut. 

lihat reaksi nenek ni bila tengok video the rock nyanyikan lagu birthday untuknya

Cool teruk The Rock ni!

Seperti yang ramai tahu, The Rock antara selebriti Hollywood yang super friendly dan sangat menjaga peminatnya. Jadi tak pelik pun bila The Rock sanggup merakam video untuk nenek tersebut.