Libas Pedang Samurai, Lelaki Di Singapura Ditangkap Akibat Cederakan Penduduk Awam

Seorang lelaki di Singapura didakwa akibat menghunus pedang, menghayun ke arah pejalan kaki serta melanggar kereta yang lalu.

libas pedang samurai, lelaki di singapura ditangkap akibat cederakan penduduk awam

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Fadhil Yusop, 37 itu dikenakan satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan menggunakan “pedang samurai” kira-kira 1.58 tengah hari Isnin di pusat belah-belah Buangkok Square.

Dia dituduh mengelar seorang penduduk sebanyak tiga kali, menyebabkan mangsa mengalami satu luka di lengan kiri dan dua luka di bahu kiri.

Ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru ini, hakim memerintahkan lelaki tersebut direman di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi selama tiga minggu untuk pemerhatian psikiatri sebelum kembali ke mahkamah pada 6 April.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara hingga tujuh tahun, denda, sebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Insiden petang Isnin itu menjadi tular selepas video kejadian tersebut tersebar luas di media sosial.


Sumber: [1]