Letusan Gunung Berapi Diramalkan Menghancurkan Dunia-Saintis

letusan gunung berapi diramalkan menghancurkan dunia-saintis

Seorang saintis dari Universiti Oslo, Norway, Henrik Svensen menyatakan tiada siapa tahu akan gunung berapi yang mana akan meletus dan meranapkan bumi.

Ini kerana, salah satu ramalan pakar sains akan kehancuran bumi adalah disebabkan letusan daripada gunung berapi. Kejadian ini pernah berlaku 250 juta tahun yang lalu iaitu ketika pengakhiran zaman Permian.

Biarpun mereka sendiri tidak mempunyai sebarang jawapan akan punca kematian 85% spesis yang hidup di darat dan 95% spesis yang hidup di laut tetapi mereka tidak menafikan gunung berapi yang besar menjadi puncanya akan kejadian itu.

Svensen juga menyatakan bahawa kemusnahan spesis di bumi ini akan bergantung di mana letusan besar itu berlaku. Selepas letusan itu terjadi ia akan memecahkan kerak dan isi bumi. Menurutnya juga, bahan utama pembunuh ialah garam yang keluar daripada lahar gunung berapi.

Sumber: Rancak TV