Lepas Tengok Video Ni Korang Akan Perasan Semua Bekas Tisu Macam Ni Memang ‘Menjerit’

lepas tengok video ni korang akan perasan semua bekas tisu macam ni memang ‘menjerit’

Tissue dispenser macam ni memang popular dan ada dekat mana-mana je. Kebanyakkan RnR atau tandas awam akan menggunakan bekas ini kerana mudah. Tadah je tangan jadi akan keluar kuantiti tisu yang sepatutnya digunakan.

Seorang pengguna di TikTok telah berkongsi satu perkara yang menghiburkan tentang bekas tisu ini. Entah di mana lokasinya, pada bahagian atas bekas tisu itu terdapat notis supaya pengguna berjaga-jaga kerana bekas tersebut akan menjerit.

Lalu, TikTokers itu mencuba dan merekod. Ternyata bekas tisu itu ‘menjerit’ ketika mengeluarkan tisu. Video tersebut telah mencuit hati ramai netizen dan mendapat lebih 1.2 juta tontonan di Twitter.

Lepas korang tengok video ni, mesti korang nak cuba dan lihat sama ada bekas tisu ni menjerit atau tak kan?

Sumber: Twitter Bello_Kevy