Lelaki Tak Puas Hati Kalah 200 Kali Main Crane Game Dan Terus Panggil Polis

lelaki tak puas hati kalah 200 kali main crane game dan terus panggil polis

Korang pernah menang tak main crane game yang selalu ada dekar arked tu? Alah, yang main kawal benda untuk menang anak patung dan macam-macam hadiah lagi tu?

Dekat Jepun ada seorang lelaki yang mencuba permainan tersebut sebanyak 200 kali. Apa yang menyedihkan semua percubaannya gagal dan langsung tak dapat hadiah. Weh, sedihnya!

Disebabkan tak puas hati, dia memanggil pihak polis yang ada dekat situ. Kemudian mereka mencuba sehingga 300 kali. Masih gagal!

Salah seorang pekerja di situ telah membantu lelaki tersebut untuk memenangi hadiah dengan meleletakkan hadiah di tempat yang mudah. Kemudian, baru lah lelaki tu menang sesuatu.

Tapi effort lelaki ni memang luar biasa! Sampai 300 kali mencuba. Perghhh.

Sumber: SORA News