Korang rasa tak style pakai mask?
Kalau korang ada rasa macam tu, apa kata korang tengok atau ikut langkah seorang lelaki yang viral dekat twitter ni.
Steve Montgomery menjadi perhatian apabila anak perempuannya memuat naik gambarnya memakai pelitup muka sama dengan tali leher hampir setiap hari.
Ketika Kiana Montgomery memuat naik gambar-gambar tersebut, dia tidak menjangkakan perkara itu akan menjadi perhatian ramai. Namun, sehingga kini tweet tersebut mendapat 82.4 ribu RT dan 671.4 ribu tanda suka.
Warga netizen memuji kreativiti lelaki tersebut dan menganggap lelaki itu sangat comel.
Korang pun kalau bosan dengan gaya pelitup muka boleh lah cuba cara ni.
Sumber: Houston Chronicle