Lelaki Ni Beli Face Mask RM17,000 Untuk Lindungi Diri Dari COVID-19

lelaki ni beli face mask rm17,000 untuk lindungi diri dari covid-19

Semenjak berlakunya penularan wabak COVID-19, ramai yang dah mula tampil dengan imej berkonsepkan menjaga diri. Salah satu aksesori yang menjadi lazim adalah face mask atau penutup muka atau  hidung.

Untuk tampil berbeza, seorang lelaki dari Pune, India telah membeli sekeping face mask dengan harga RM17,000 ($4000). Korang mesti tertanya-tanya kenapa mask tu mahal kan?

Actually, mask tu adalah custom  made dan bersalut dengan emas tulen. Menurut pembeli yang merupakan seorang ahli perniagaan, Shankar Kurhade, dia mendapat idea tersebut selepas melihat berita tentang topeng penutup hidung dan mulut yang diperuat daripada perak.

“Saya nampak berita di televisyen tentang penutup muka yang diperbuat daripada perak. Jadi, saya bercakap dengan tukang emas saya dan menempah face mask yang diperbuat daripada emas.

Topeng emas itu mempunyai berat 60 grams dan mengambil masa selama lapan hari untuk disiapkan.

Kalau dah ada duit, apa pun boleh beli kan?

Sumber: SMCP