gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat baru tersedar akan kepentingan memakai pelitup muka. Namun, semuanya terlambat selepas dia dijangkiti wabak itu.
Chuck Stacey sebelum ini seorang anti pelitup muka telah merakam sebuah video menunjukkan dia telah diberi bantuan oksigen untuk bernafas. Lebih memeritkan lagi apabila dia mungkina akan diintubasi jika keadannya semakin teruk.
“Saya tidak memakai pelitup muka. Saya sepatutnya pakai. Jangan jadi macam saya.
“Saya pernah percaya Covid-19 hanya selesema biasa dan semuanya akan hilang. Saya ingat ia hanya permainan politik. Saya tidak fikir pelitup muka akan membantu. Saya salah,” katanya.
Berdasarkan laporan Daily News, lelaki tesebut telah mendedahkan bahawa menerima banyak ugutan bunuh disebabkan pengakuan yang dibuat dalam video tersebut.
“Jika memakai topeng dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti wabak maut ini meskipun hanya lima peratus, tolonglah pakai pelitup muka.
“Lakukan untuk anak-anak anda, untuk orang yang anda sayangi. Lakukan untuk diri sendiri,” rayunya. – Agensi
Sumber: KOSMO