Lelaki Ini Berlayar Selama 85 Hari Apabila Flight Dibatalkan Semata-mata Untuk Berjumpa Ibu Bapa

lelaki ini berlayar selama 85 hari apabila flight dibatalkan semata-mata untuk berjumpa ibu bapa

Seorang lelaki sanggup menggunakan jalan laut dengan berlayar selama 85 hari untuk menemui kedua ibu bapanya. Juan Manuel Ballestero yang berusia 47 tahun telah berlayar dari Portugal ke Argentina iaitu tempat ibu bapanya menetap.

Beliau mengambil keputusan untuk pualng ke kampung halamannya apabila penerbangannya dibatalkan akibat krisis wabak COVID-19.

Menurut lelaki itu, dia berasa sangat lega apabila selamat tiba selepas berlayar selama 3 bulan seorang diri.

"Saya merancang mahu tiba di Argentina pada 15 Mei bagi menyambut ulang tahun kelahiran bapa, tetapi sebaliknya saya sampai di sini pada hari bapa," katanya.

Ballestero dibenarkan untuk bertemu keluarganya selepas beliau disahkan negative untuk ujian COVID-19.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah singga di beberapa tempat sepanjang 12,000 kilometer penjelajahannya. Antara tempat yang menjadi perhentian beliau ialah Vitoria, Brazil dan La Palome, Uruguay

Sumber: Sinar Harian