Lelaki Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Jual Lima Orang Anak Dengan RM116k

Seorang lelaki di China dijatuhi hukuman penjara 10 tahun akibat menjual lima anaknya demi keuntungan peribadi.

lelaki dihukum penjara 10 tahun kerana jual lima orang anak dengan rm116k

Menurut dokumen yang dikeluarkan mahkamah Daerah Yu, sebuah bandar di wilayah Hebei di barat laut China, lelaki yang memiliki nama keluarga Yang itu menjual lima anaknya dengan jumlah keseluruhan yang dianggarkan RM118,217.

Mahkamah berkata siasatannya menyimpulkan bahawa lelaki itu dan isterinya, bernama Yuan, mempunyai anak-anak dengan tujuan nyata untuk menjualnya kepada sesiapa yang ingin membelinya.

Mahkamah menyatakan bahawa lelaki itu telah menjual kesemua lima kanak-kanak — dua lelaki dan tiga perempuan — antara 2012 dan 2020, dengan jumlah antara RM13,132 hingga RM52,538.

Daripada lima kanak-kanak itu, empat daripadanya yang merupakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki telah dijual kepada orang tengah yang dikenal pasti oleh mahkamah sebagai Li, dan menantu perempuannya.

Li menerima RM2,362 sebagai balasan kerana memudahkan transaksi.

Pasangan itu juga menjual seorang lagi anak lelaki mereka kepada wanita yang berada di wad bersalin bersama Yuan ketika dia melahirkan anak terbabit.

Akibat penglibatan mereka dalam jenayah tersebut, orang tengah, Li dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.

Menantunya, Duan, menerima hukuman penjara 21 bulan kerana menyamar sebagai ibu kepada dua anak untuk bertemu bakal pembeli.

Sementara itu, ibu kandung kepada semua kanak-kanak tersebut tidak disebut dalam dokumen mahkamah.

“Kanak-kanak yang sepatutnya dipelihara dan dibenarkan membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang telah dieksploitasi dan diperlakukan seperti barang oleh ibu bapa mereka dan dianggap sebagai alat mencari wang oleh pengedar yang tamak.

“Yang telah mengkhianati anak-anaknya, dan kelakuan tidak bermoralnya telah dihukum setakat undang-undang sepenuhnya,” baca dokumen dari mahkamah terbabit.

“Penjualan kanak-kanak oleh penjaga mereka bukan sahaja melanggar hak kanak-kanak bawah umur tetapi juga menyokong kewujudan dan pengembangan perdagangan haram,” tambah mahkamah.

 

Sumber: [1]