Lelaki Di China Cipta Sendiri Power Bank Gergasi, Mampu Cas Hingga 5,000 Telefon!

Pencipta kandungan dan YouTuber China, Handy Geng berjaya mencipta “power bank” terbesar di dunia dengan kapasiti untuk mengecas 5,000 telefon.

lelaki di china cipta sendiri power bank gergasi, mampu cas hingga 5,000 telefon!

Geng memuat naik video yang mendokumentasikan bagaimana dia membuat pengecas mudah alih 27,000,000-mAh ke saluran YouTube rasminya pada 29 Januari lalu.

“Saya rasa kapasiti power bank saya sedikit kecil, jadi saya membeli yang lebih besar baru-baru ini,” kata Geng dalam videonya.

“Tetapi apabila saya menyatakan kapasitinya kepada rakan-rakan saya, saya tidak menyangka bahawa mereka akan mempunyai yang lebih besar...Sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, saya tidak boleh tidur selama beberapa malam, jadi saya memutuskan untuk membuat power bank kuasa mega yang sangat besar.”

Difahamkan bahawa kapasiti power bank mega itu lebih kurang sama dengan 900 power bank dan mampu mengecas sebanyak 5,000 telefon dengan bateri 3,000-mAh, menurut penciptanya.

Memetik laporan The Times of India, power bank purata hanya mengandungi bateri 10,000-mAh hingga 20,000-mAh dan termasuk hingga empat port pengecasan.

“Ia bukan sahaja boleh mengecas banyak telefon pada masa yang sama, ia juga boleh mengecas power bank dan komputer riba,” kongsi Geng.

Turut tidak ketinggalan, Geng telah membuktikan kuasa ciptaannya lebih jauh dengan mengecas basikal elektrik rakannya.

“Abang dan rakan saya sangat terkejut dan iri hati apabila melihat power bank saya dan tidak boleh berhenti memuji teknik saya. Mereka juga mengatakan bahawa mereka ingin memiliki power bank seperti itu juga jika boleh.”

Selepas membawa ciptaannya di tepi sungai, Geng menunjukkan dia mampu mengendalikan mesin basuh dan TV sambil memancing dan memasak ikan menggunakan periuk elektrik.

“Dengan power bank ini, anda tidak perlu risau tentang kekurangan elektrik sama sekali apabila berada di luar rumah,” tambah Geng.

“Anda juga boleh memasak ikan dengan segera dengan periuk elektrik dan menikmati makanan segar di alam semula jadi.”

 

Sumber: [1]