Setiap orang punya cara tersendiri untuk menggambarkan rasa cinta mereka.
Tidak terkecuali, seorang lelaki yang berasal dari Kolhapur, India ini yang mana lelaki yang tidak diketahui namanya itu menulis perkataan cinta khusus untuk teman wanitanya bukan dengan menggunakan surat, tetapi di atas jalan tar sepanjang 2.5 kilometer.
Mengetahui perkara tersebut, orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar menjadi teruja melihat gelagatnya.
Detik unik itu berlaku di lebuh raya dari Jaisinghpur ke Dharangutti pada Mac 2021 yang mana ia kemudian serta-merta menjadi tular di media sosial.
Lelaki tersebut difahamkan menulis perkataan cinta menggunakan cat minyak putih di atas jalan raya di malam hari ketika orang ramai sedang tidur sehingga mengejutkan penduduk kampung Drangutti di Shirol Tehsil daerah Kolhapur pada keesokan harinya.
Antara perkataan yang dicoretkan lelaki itu di atas jalan raya termasuk “I Love You” dan “I Miss You”.
Apa pendapat korang tentang ni? Sweet atau tidak?
Sumber: [1]