Sejak pelaksanaan PKP Mac lalu, hampir semua orang gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam. Macam-macam jenis penutup hidung dan mulut yang kita boleh nampak. Tapi, semua tu tak akan sama dengan penutup hidung dan mulut ini!
Haa, seram kan? Ini kalau jumpa depan-depan, tak cukup tanah kita lari ni. Hahaha. Penutup hidung dan mulut ini diilhamkan oleh Rene Abelardo dari Filipina. Dia ni sebenarnya seorang jurusolek kesan khas yang bekerja dalam industri filem negara tersebut. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, pendapatannya terganggu sebab tak ada peluang pekerjaan. Ada pelbagai jenis 'topeng' seram termasuk 'monster', 'zombie', devil' dan 'joker'.
Jadi untuk mengisi masa lapang, Rene ni pun buat lah 'topeng' seram ni untuk kegunaan dia sendiri. Mula-mula buat hanya untuk isi masa lapang. Tak sangka pulak lepas anak dia muat naik gambar di media sosial, terus viral. Bila dah viral, terus ada permintaan tinggi untuk 'topeng' ni, terutamanya di Filipina.
Rene sekarang ni sibuk dengan perniagaan 'topeng' seram dia. 1 'topeng' mengambil masa 3 hari untuk siap. Dia akan terus menghasilkan penutup hidung dan mulut yang seram ni kerana selain menggembirakan orang lain, dia mampu jana pendapatan. Kalau pakai 'topeng' ni bukan orang je yang lari, silap-silap virus pun lari jugak!
Kreatif kan? Jadi, kita pun boleh hasilkan sesuatu yang kreatif dan bermanfaat untuk orang ramai. Mana lah tahu tiba-tiba viral dan ada permintaan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Betul tak?
Oleh : Karami Kamel