Lelaki Buat Konsert Di Balkoni Untuk Hiburkan Penduduk Sewaktu Tempoh Kuarantin

lelaki buat konsert di balkoni untuk hiburkan penduduk sewaktu tempoh kuarantin

Seorang lelaki dari Wenzhou, China telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghiburkan jirannya sewaktu tempoh kuarantin.

Lelaki tersebut telah melakukan mini konsert di balkoni pangsapurinya dan disokong oleh penduduk yang lain. Sebagai sokongan jirannya yang lain telah menyalakan lampu suluh pada telefon dan menjadi seperti pesta pada waktu malam.

Menurut saluran berita China CGTN, lelaki tersebut menyanyi bersama rakan-rakannya yang lain. Rakaman tersebut telah dimuatnaik ke laman Youtube dan ramai yang memuji tindakan lelaki itu.

"Itu adalah semangat yang perlu ditonjolkan oleh rakyat China," kata YenHu.

Seorang lagi netizen bernama HuaChin berkata, "Awak lelaki muda yang baik."

Namun, video tersebut mengundang rasa kurang senang pada pegawai dan pejabat daerah. Mereka telah meminta lelaki itu untuk berhenti daripada melakukan perkara tersebut kerana boleh menambah risiko kepada penularan wabak koronavirus.

Sehingga kini, angka kematian disebabkan virus tersebut mencecah 1,011 angka dan lebih daripada 42,000 kes dilaporkan positif.

Sumber: Sinar Harian