Kalau dah rezeki tak ke mana, kan?
Tu la ayat yang paling sesuai untuk digambarkan kisah seorang lelaki di India apabila dia bertemu semula dengan walletnya selepas 14 tahun.
Berdasarkan portal Mumbai Mirror lelaki yang dikenali sebagai Hemant Padalkar telah dicuri walletnya ketika dia berusia 28 tahun. Ketika itu, terdapat wang berjumlah Rs 900 di dalam dompetnya.
Namun, ketika dia mengambil walletnya di The Government Railway Police baru-baru ini, masih terdapat sejumlah wang di dalamnya. Bagaimanapun, disebabkan dah terlalu lama, not wang tersebut telah pudar dan tidak dapat digunakan lagi.
Sumber: Mumbai Mirror