Lelaki Berpakaian Joker Serang Penumpang Dalam Tren Di Tokyo, Ada Yang Ditikam Dengan Pisau

Seorang pemuda berusia 24 tahun yang berpakaian kustom Joker di Tokyo dilaporkan menyerang dan mencederakan penumpang yang menaiki kereta api di pusat bandar tersebut ketika sambutan Halloween.

lelaki berpakaian joker serang penumpang dalam tren di tokyo, ada yang ditikam dengan pisau

Memetik laporan Astro Awani, sekurang-kurangnya 10 orang cedera dengan salah seorang daripada mangsa tersebut merupakan warga emas lelaki berusia 60an yang kini berada dalam keadaan kritikal akibat ditikam menggunakan pisau.

Kejadian tersebut berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, sebuah stesen kereta api yang paling sibuk di dunia sekitar jam 8 malam.

Lagi mengeruhkan keadaan, terdapat saksi yang mendakwa ia terlihat penyerang memulakan kebakaran dalam kereta api terbabit.

Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter menerusi akaun NHK, kelihatan orang awam melarikan diri keluar dari kereta api sebelum terjadinya letupan kecil yang menyebabkan kebakaran.

Sementara itu, satu video lagi menunjukkan penumpang bergegas keluar dari tingkap kereta api menuju ke platform.

“Saya lihat orang ramai berlari keluar, saya fikir ia aksi lakonan sempena Halloween. Tetapi kemudian saya nampak lelaki itu, membawa pisau,” kata seorang aksi kepada akhbar Yomiuri.

Suspek kini berada dalam tahanan pihak polis.

 

Sumber: [1]