Lee Kwang Soo Masih Belum 'Move On' Dari Running Man

Selepas meninggalkan Running Man, Lee Kwang Soo kini bergelar salah seorang anggota program spin-off yang berjudul Lending You My House On Wheels.

lee kwang soo masih belum 'move on' dari running man

Rancangan berkonsepkan yang mana anggotanya harus memperlakukan kediaman anggota program asal, iaitu My House On Wheels, seperti rumah mereka sendiri dan turut dianggotai Kang Ha Neul, dan Han Hyo Joo, Sehun EXO dan ramai lagi.

Ketika Kang Ha Neul dan Han Hyo Joo sedang asyik menikmati masa rehat mereka di rumah tersebut, Lee Kwang Soo dengan tidak semena-menanya mula berasa gelisah.

“Bukankah kita harus keluar dan lihat apa yang ada di sekeliling?” tanya Lee Kwang Soo pada Kang Ha Neul.

Antara perbualan tersebut, Kwang Soo kemudian berkata lagi, “Saya sudah berlari tanpa henti selama 11 tahun,” merujuk pada waktunya sepanjang berada bersama Running Man.

Selepas berehat, kesemua anggota program tersebut pergi berjalan-jalan dan membeli-belah.

Tidak seperti Han Hyo Joo dan Kang Ha Neul yang berbelanja dengan santai untuk membeli barang-barang yang mereka perlukan, Kwang Soo sebaliknya bergegas mengelilingi pasar raya seolah-olah dia berada dalam keadaan yang terkejar-kejar untuk menyiapkan misi.

“Tiada misi di sini. Anda tidak perlu mencari barang secepat mungkin. Nampaknya ada sudah terbiasa melakukan sesuatu dalam variety show,” kata Han Hyo Joo kepada Lee Kwang Soo.

“Awak betul, tapi saya rasa ini adalah penyakit pekerjaan bagi saya. Rasanya seperti sekiranya saya dapat roti dengan cepat, saya akan berada di tempat pertama,” balas Kwang Soo.

 

Sumber: [1]