Lee Kwang Soo Dikhabarkan Dalam Perbincangan Untuk Bintangi Drama Terbaru

Lee Kwang Soo dikhabarkan sedang berada dalam proses perbincangan untuk membintangi drama terbaru.

lee kwang soo dikhabarkan dalam perbincangan untuk bintangi drama terbaru

Berita tersebut disahkan sendiri oleh agensi pengurusan selebriti itu, iaitu King Kong by Starship pada 29 Jun lalu.

Sekiranya bekas bintang Running Man itu sah menerima tawaran tersebut, ia bakal menjadi drama pertama lakonannya setelah tiga tahun.

Kali terakhir Lee Kwang Soo membintangi drama adalah pada 2018 iaitu menerusi Live.

Adakah anda teruja untuk menantikan kemunculan semula Lee Kwang Soo menerusi drama terbaru lakonannya?

 

Sumber: [1]