Lebih 6 Tahun Bercinta, Shin Min Ah & Kim Woo Bin Bakal Berganding Dalam Drama Buat Pertama Kali!

Sejak pertama kali mengumumkan mereka bercinta pada 2015, pasangan pelakon Korea iaitu Shin Min Ah dan Kim Woo Bin akhirnya dilaporkan akan membintangi drama bersama berjudul Our Blues.

lebih 6 tahun bercinta, shin min ah & kim woo bin bakal berganding dalam drama buat pertama kali!

Memetik sumber, Our Blues dijadualkan akan ditayangkan menjelang 2022 dan turut dibintangi Lee Byung Hun, Han Ji Min, Cha Seung Won, Lee Jung Eun dan Uhm Jung Hwa yang memenuhi barisan pelakon utama.

Our Blues mengisarkan sekumpulan manusia di Pulau Jeju yang menjalani kehidupan harian serta mempunyai latar belakang yang berbeza dari satu sama lain.

Masing-masing dalam kalangan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, pekerjaan serta tahap emosi yang berbeza. Namun, dari situ mereka menemui kebahagiaan dan kesedihan dalam berbagai cara, yang dinyatakan dengan kisah mereka sendiri.

 

Sumber: [1]