Seorang lelaki Rusia berusia 59 tahun yang namanya dirahsiakan telah berjaya membuang duit syiling yang terlekat di dalam hidungnya.
Duit syiling itu mula terlekat di dalam hidung lelaki tersebut semenjak dia berumur 6 tahun. Kiranya, dah 53 tahun lebih duit syiling tu ada dalam hidungnya. Hah, biar betul?
Menurut METRO, ketika kecil dia berasa takut untuk mengadu akan perkara tersebut kepada ibunya. Nasib baiklah sepanjang hidup ini, dia tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah baru-baru ini sahaja dia berasa agak sukar untuk bernafas.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk ke hospital dan doktor telah menjalankan imbasan pada tubuhnya. Doktor telah menemui wang syiling itu pada laluan pernafasannya.
Kemudian, doktor telah mengambil keputusan untuk membedah lelaki tersebut bagi membuang duit syiling itu. Segalanya berjalan dengan lancar dan pihak hospital telah membenarkan lelaki itu keluar pada hari Isnin lepas.
Sumber: METRO