Lebih 40 Kes Varian Omicron Adalah Bergejala Ringan

Lebih dari 40 orang penduduk Amerika Syarikat didapati telah dijangkiti varian Omicron setakat ini dengan kira-kira tiga perempat daripada jumlah tersebut telah divaksinasi.

lebih 40 kes varian omicron adalah bergejala ringan

Menurut Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat, Dr. Rochelle Walensky, data tersebut sangat terhad dan pihak mereka kini sedang mengusahakan analisis yang lebih terperinci tentang bentuk mutan baharu virus korona itu untuk mengetahui kesan yang mampu disebabkannya terhadap penduduk Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tambah beliau lagi, “penyakit ini ringan” dalam hampir semua kes yang dilihat setakat ini, dengan gejala yang dilaporkan terutamanya batuk, sesak nafas dan letih.

Seorang pesakit telah dimasukkan ke hospital tetapi tiada kematian yang dilaporkan.

Varian Omicron pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan bulan lalu dan sejak itu ia telah dilaporkan di 57 buah negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kes pertama Amerika Syarikat dilaporkan pada 1 Disember yang mana hingga petang Rabu lalu, CDC telah merekodkan 43 kes di 19 negeri.

Kira-kira satu pertiga daripada pesakit tersebut pernah mempunyai sejarah mengembara di peringkat antarabangsa.

 

Sumber: [1]