Laudya Cynthia Bella Akui Tak Nak Bercinta Lagi, Mungkin Lepas Ni Hanya Ingin Kenal-Kenal

Pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengaku bahawa dia tidak lagi ingin menjalin percintaan bersama mana-mana lelaki sebelum berkahwin semula.

laudya cynthia bella akui tak nak bercinta lagi, mungkin lepas ni hanya ingin kenal-kenal

Bella yang pernah melalui episod kegagalan rumah tangga bersama Engku Emran berkata, dia ingin teliti dalam memilih seseorang yang benar-benar menepati kehendaknya supaya boleh dijadikan suami.

“Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih. Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.

“Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun. Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan,” kongsinya.

Terdahulu, Bella pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki selepas bercerai dengan Engku Emran pada Julai 2020.

Antara nama yang sering disebut bersama Bella termasuk pelakon Dimas Beck.


Sumber: [1]