Larangan Rentas Daerah Di Kedah Perlu - MB Kedah

Lagi beberapa hari saja lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP akan berakhir.

Sama ada akan bersambung lagi atau tidak, kita sama-sama tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri nanti, okay!

larangan rentas daerah di kedah perlu - mb kedah

Walaupun kita berada di fasa pemulihan Covid-19, tapi masih ada kes dan kluster baru yang muncul.

Antaranya kluster Tawar di Kedah yang kini merekodkan 73 kes positif.

Sebab tu la kerajaan negeri harap sangat kerajaan pusat dapat laksanakan larangan pergerakan rentas daerah di Kedah.

larangan rentas daerah di kedah perlu - mb kedah

Sekurang-kurangnya senang sikit nak kawal pergerakan orang ramai daripada merentasi daerah yang banyak kes ke daerah lain yang kurang atau tak ada kes Covid-19.

larangan rentas daerah di kedah perlu - mb kedah

Sementara nak tunggu keputusan kerajaan, jom sama-sama kita kawal pergerakan kita.

Agak-agak macam tak ada urusan penting untuk pergi ke daerah yang tinggi risiko jangkitan Covid-19, kita tangguhkan dulu sampai situasi reda.

Ini barulah #kitajagakita

Oleh: Izzati Amir