Biarpun PKP, Lapangan Terbang Malaysia Catat 2 Juta Penumpang Pada April

Biarpun Malaysia masih lagi melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), namun lapangan terbang negara mencatatkan jumlah penumpang yang mencecah 2 juta pada April 2021.

biarpun pkp, lapangan terbang malaysia catat 2 juta penumpang pada april

Menerusi laporan Bernama, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat lapangan terbang yang menguruskan sebahagian besar lapangan terbang di Malaysia mengeluarkan statistik berkenaan penumpang udara di Malaysia.

Perkara tersebut sekali gus menunjukkan pertumbuhan sebanyak 1,366.2 peratus berbanding dengan ketika perintah kawalan pergerakan pertama kali dijalankan pada tahun lalu, yang mana April 2020 hanya merekodkan sebanyak 135,000 penumpang.

Dilaporkan jumlah 2 juta penumpang pada April 2021 termasuklah 1.4 juta penumpang domestik manakala jumlah 548,000 merupakan penumpang antarabangsa.

Sementara itu, dari segi tahunan, rangkaian lapangan terbang MAHB menyaksikan penurunan sebanyak 79.3% penumpang dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Namun, jumlah pergerakan penumpang dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini berikutan pelancaran vaksin COVID-19 yang berpotensi memungkinkan perjalanan tanpa, baik di dalam mahupun luar negara.

 

Sumber: [1]