Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Dinobatkan Antara Airport Terbaik Dunia

lapangan terbang antarabangsa langkawi dinobatkan antara airport terbaik dunia

Majlis Lapangan Terbang Antarabang (ACI) telah menobatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) sebagai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia.

Pengiktirafan itu dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan serta kemudahan kepada para pelanggan.

Selain itu, LGK juga akan menyertgai ACI Director-General’s Roll of Excellence bagi memberikan pengiktirafan tambahan kepada lapangan terbang yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Menurut statistic, LGK telah menerima 2.9juta pergerakan penumpang sekitar tahun 2019. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding 2018.

Tahniah LGK!
 

Sumber: Astro Awani