Laluan Trafik Memasuki Sempadan Kelantan Terkawal

Laluan trafik memasuki sempadan Kelantan dilaporkan berada keadaan terkawal biarpun terdapat sedikit peningkatan kenderaan menjelang awal Ramadan.

laluan trafik memasuki sempadan kelantan terkawal

Dalam pada itu, pemeriksaan bakal dilakukan ke atas pemilik kenderaan yang melalui jalan Kuala Lipis Pahang ke Gua Musang yang mana mereka perlu mempunyai surat kebenaran yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di tempat masing-masing.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenda Sik Choon Foo, pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu atau penumpang yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Terangnya, “Dalam sekatan jalan raya ini kita dapati menjelang Ramadan, kenderaan yang melalui Gua Musang ada sedikit peningkatan dan keadaan jalan raya terkawal.

“Rata-rata rakyat Kelantan dari luar balik ke Kelantan menggunakan permit destinasi asal ke Kelantan.”

Setakat ini, difahamkan terdapat dua sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan sepanjang laluan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang iaitu SJR di Kampung Tanah Putih dan Kampung Kundur.

 

Sumber: [1]