Laluan Bas Di Bandar Zhuhai, China Dikesan Selepas Kesan 7 Omicron

Bandar Zhuhai di selatan China menggantung sementara laluan bas awamnya selepas mengesan sekurang-kurangnya tujuh kes varian Omicron.

laluan bas di bandar zhuhai, china dikesan selepas kesan 7 omicron

Susulan itu, pihak berkuasa serta-merta memberi amaran kepada para penduduk supaya tidak keluar meninggalkan bandar berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, Zhuhai mengesan varian Omicron pada seorang pesakit yang mengalami gejala ringan serta enam yang lain tanpa gejala selepas ujian saringan besar-besaran dilakukan susulan kes jangkitan di wilayah berhampiran.

China berjaya mengekalkan kes COVID-19 yang rendah sejak penularan wabak menerusi strategi sifar jangkitan iaitu dengan melaksanakan ujian saringan besar-besaran dan penutupan kesan sebaik mengesan jangkitan di sesuatu wilayah.

Varian Omicron yang pantas menular bagaimanapun telah menguji strategi itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang mana ia dikesan muncul di bandar pelabuhan, Tianjin berhampiran Beijing sebelum merebak ke pusat bandar, Anyang.

 

Sumber: [1]