Gara-gara pengiring pengantin yang berpakaian unik, pasangan raja sehari di Indonesia ini menjadi tular di serata media sosial.
Manakan tidak, ketika majlis perkahwinan pasangan yang dikenali sebagi Puri dan Afandi itu, sekurang-kurangnya 25 orang pengiring berarak dengan mengenakan pelbagai jenis kustom cosplay.
Menurut pengantin perempuan, Puri, kebanyakan pemuda kampung yang tinggal di kampung suaminya merupakan cosplayer.
“Kerana di kampung suami saya, pemuda-muda semuanya tukang cosplay, jadi selalu ada karnival di kampung suami saya, untuk menunjukkan kreativiti anak muda,” kata Puri.
Selain itu, Puri turut memohon maaf atas penyebaran video perkahwinan luar biasa itu sehingga menimbulkan kecaman dan reaksi bercampur baur daripada orang ramai.
Kongsinya, kehadiran pengiring itu hanyalah sekadar hiburan untuk para tetamu dan mereka sedikit pun tidak berniat untuk mengubah adat perkahwinan.
“Kami memohon maaf sekiranya video tersebut menimbulkan kebaikan dan keburukan. Kami tidak berniat untuk mengubah atau memusnahkan adat yang sedia ada, kerana ia hanya untuk hiburan sahaja,” jelasnya.
Menurut Puri, soal berkenaan keseriusan menjaga tradisi atau adat dalam perkahwinannya dapat dilihat daripada video tersebut secara keseluruhannya.
“Dan mereka (pengikut) tidak berniat untuk memusnahkan adat Jawa, kerana kita tetap menggunakan adat Jawa,” katanya.
Dalam video tersebut, kelihatan Puri dan Afandi menjalani perarakan perkahwinan seperti biasa.
Bermula dari perarakan berkumpul hingga iringan gending Jawa hingga melalui beberapa perarakan sebelum kemudian duduk di atas kerusi pelamin.
Sumber: [1]