Lagi Beberapa Hari Rayuan BPN Ditutup, Tanyakan Sebarang Persoalan Di Dua Saluran Ini

lagi beberapa hari rayuan bpn ditutup, tanyakan sebarang persoalan di dua saluran ini

Nampaknya masih ramai lagi yang keliru atau banyak persoalan yang bermain di minda tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ni.

Kalau korang ada apa-apa persoalan mungkin korang boleh rujuk kepada soalan lazim (FAQ) BPN yang telah dimuat naik pada portal rasmi BPN. Tak pun klik je sini.

Tapi, sekiranya persoalan korang tu masih belum terjawab, boleh lah korang tanya dan maklum balas tentang BPN melalui dua saluran ini:

1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);

2) HASiL Live Chat

Suka kami nak ingatkan bahawa tarikh akhir untuk rayuan BPN adalah pada 31 Mei ini. Jadi, bertindaklah segera!

Sumber: Astro Awani