Labah-Labah Gergasi 'Serang' Penduduk Georgia, Habis Rumah Penduduk Dianyam Dengan Sarang

Penduduk di bahagian utara negara Georgia terpaksa berhadapan dengan krisis melibatkan seekor labah-labah gergasi, Joro, yang menganyam sarang tebalnya pada tempat-tempat awam termasuk talian elektrik, beranda dan kebun kecil.

labah-labah gergasi 'serang' penduduk georgia, habis rumah penduduk dianyam dengan sarang

Berikutan fenomena yang diakibatkan labah-labah gergasi yang berasal dari Asia Timur itu, ramai penduduk mula berasa tidak selesa dan takut di kediaman sendiri.

Seorang penduduk misalnya, Jennifer Turpin, berhenti menyapu dedaun di halaman rumahnya selepaas secara tidak sengaja merayau ke dalam sarang yang dipintal oleh labah-labah Joro itu di sekitar metro Altlanta.

Turut terpalit dengan situasi sama, anjung hadapan seorang penduduk bernama Will Hudson di Winterville, Georgia dilitupi sarang sedalam 10 kaki bersamaan 3 meter yang dianyam labah-labah Joro itu.

Berdasarkan sumber, labah-labah Joro tergolong dalam genus labah-labah yang terkenal dengan sarang berbentuk roda yang sangat teratur. Ia boleh ditemui di Jepun, China, Korea dan Taiwan.

Apabila kaki mereka dipanjangkan sepenuhnya, ukuran mereka boleh mencecah sepanjang tiga inci yang bersamaan 8 cm.

Bagaimanapun, masih belum jelas tentang bagaimanapun dan bila ia pertama kali tiba di Amerika Syarikat.

Pada 2014, seorang penyelidik di Georgia menemui seekor labah-labah Joro kira-kira 128 kilometer dari timur laut Atlanta.

Ia  juga pernah ditemui di Carolina Selatan, dan Hudson percaya ia akan turut sama merebak ke seluruh selatan negara tersebut.

Menurut ahli araknologi di Muzium Alam Semula Jadi dan Sains Denver, labah-labah jenis Joro tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, anjing atau kucing dan hanya akan menggigit jika mereka berasa terancam.

Tidak ketinggalan, jelas Nancy Hinkle yang merupakan ahli entomologi di Universiti Georgia, ia juga membantu mengurangkan nyamuk dan menggigit lalat dan merupakan salah satu daripada beberapa labah-labah yang memerangkap serta memakan pepijat bau busuk coklat yang merupakan gangguan teruk kepada banyak tanaman.

 

Sumber: [1]