Seorang lelaki berusia 74 tahun, Tengku Mohamad Ali Mansor telah mendedikasikan dirinya dalam misi untuk memastikan keadaan pantai sentiasa bersih.
Oleh itu, semenjak tahun 2005 beliau telah mula mengutip botol kosong yang ada di tepi pantai. Kemudian, botol-botol tersebut akan dibersihkan dan dibawa pulang. Memandangkan koleksi botol-botol yang dikutip semakin bertambah pada setiap hari, akhirnya beliau membuka sebuah muzium untuk memaparkan koleksi-koleksinya.
Beliau juga menyifatkan aktiviti yang dilakukan olehnya adalah satu perkara yang mulia. Malah, beliau merasa ceria dengan melakukan perkara tersebut.
Pada peringkat awal, beliau hanya menyimpan botol-botol tersebut. Namun kini, beliau mula menghias dan membuatkan kraftangan dengan botol-botol yang ditemuinya. Kadangkala, beliau bertemu dengan botol yang mempunyai mesej di dalamnya.
Jadi kepada kengkawan, jaga alam sekitar kita sebaiknya. Jangan membuang sampah sesuka hati dan jangan sesekali ada pemikiran ‘buang sampah tak apa nanti akan ada orang kutip’.
Sumber: South China Morning Post