Kurang 5 Juta Bayi Perempuan Berkemungkinan Dilahirkan Sehingga Tahun 2031

Kajian menunjukkan penduduk dunia mungkin akan melahirkan kurang 4.7 juta bayi perempuan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

kurang 5 juta bayi perempuan berkemungkinan dilahirkan sehingga tahun 2031

Ia berikutan amalan pemilihan jantina yang diamalkan dalam kalangan beberapa buah negara.

Sehubungan dengan itu, sekumpulan pasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah di Arab Saudi menggunakan data dari 3.26 bilion kelahiran dari 204 negara dalam tempoh 50 tahun, yang mana mereka kemudian mengecilkan skop kajian kepada 29 negara yang mana pilihan bagi bayi lelaki telah didokumentasikan.

Memetik artikel Insider, pemilihan jantina yang telah pun didokumentasikan di Eropah Tenggara dan Asia Tenggara menyebabkan nisbah lelaki dan wanita menjadi lebih tinggi di kelahiran sejak 1970.

Sekiranya fenomena tersebut berterusan, penulis kajian mengatakan bahawa terdapat kemungkinan dunia akan melihat kurang dari 4.7 juta bayi perempuan dilahirkan dalam tempoh 10 tahun datang, yang mana, ia bersamaan dengan kira-kira 22 juta kurangnya jantina perempuan menjelang 2100.

Dalam 12 negara termasuk China, India dan Vietnam, nisbah lelaki dan wanita dilaporkan meningkat sejak 1970. Sementara itu, bagi 17 negara lain pula seperti Afghanistan, Pakistan dan Nigeria, nisbah terbabit dijangkakan akan meningkat.

Penulis turut menyatakan bahawa perkadaran jantina yang condong dapat menyebabkan ‘peningkatan tingkah laku dan kekerasan antisosial, dan akhirnya dapat mempengaruhi kestabilan jangka panjang dan pembangunan yang berlanjutan secara sosial’.

Sebagai tambahan, China kini merasakan ‘tekanan perkahwinan’ susulan kesan daripada polis satu anak yang diamalkan selama dekad, yang menyebabkan banyak keluarga untuk melakukan pemilihan jantina sebelum kelahiran bagi memperoleh anak lelaki untuk meneruskan nama keluarga mereka.

Dasar tersebut yang diperkenalkan pada 1979, dihapuskan pada 2015 sekali gus menyebabkan fenomena yang melibatkan kira-kira 35 juta lelaki yang digelar terlebih usia sehingga tidak dapat mencari pasangan hidup.

Pada waktu ini, sudah wujudnya perbezaan jantina dalam populasi global dengan wanita membentuk 49.6% dari jumlah penduduk dunia global pada 2020, menurut data yang diperoleh dari Bank Dunia.

 

Sumber: [1]